Sunday, January 28, 2018

Migrasi Kutu // Abul M. Salleh




"Hidup itu aku, kau dan kita. Menikmati hidup itu hidupan. Hidup bukanlah satu pilihan tetapi pilihan dalam menjalani kehidupan. Memilih untuk menikmati atau meratapi. Aku lebih memilih untuk menikmati dalam mencari. Mencari di dalam migrasi."


Buku ini genre travelog. Kisah anak muda yang hidup dalam dunia metropolitan. Menurutku, kiranya aku tidak membaca ini mana mungkin aku melihat sisi luar biasa bandar Kuala Lumpur. Sisi yang jarang diceritakan kebanyakan penghuninya.

Menurutku, ada sekian banyak hal yang sedikit sekali diceritakan pada kebanyakan orang tetapi sedikit hal itulah yang membentuk sekian banyak peribadi manusia. Habis membaca naskah ini, maka tahu benarlah seperit apa sisi hidup kebanyakan orang yang tampak mewah di kota metropolitan. Tak ramai yang berjaya mengharungi luar biasanya budaya hidup di bandar melainkan mereka yang punya keazaman luar biasa.

Naskah ini secara tidak langsung membuktikan, tak semua yang mampu bertahan. Bahkan tak semua mampu hadir dan membekas rasa.

-------

Secara kalkulatifnya, ini kali kedua saya mengulang baca setelah kali pertama saya membaca naskah ini ketika masih dalam bentuk manuskrip.

Kali pertama saya membaca sebagai seorang teman. Bacaan kali kedua, saya membaca sebagai seorang pembaca.

Teringat saya suatu ketika selepas habis membaca ini versi manuskrip, saya menyatakan,

 'Kalau penerbit tiada respon, jom kita bukukan ini.

Tak mengambil masa yang lama, manuskrip beliau edit sehingga juling. Susunan format semua dibuat secara manual. Malam itu juga, beliau meminta quotation harga dari rumah cetak.

Selang beberapa minggu, segalanya siap di hantar dan hanya menunggu proses cetakan. Hah. Meski tak banyak membantu, aku juga merasakan debaran rupa apakah buku ini dalam bentuk fizikal.

2 tahun, manuskrip ini tersimpan tanpa terusik. Maka aku kira, sejumlah apa pun harga buku tak kan mampu membayar lelah dan sabarnya beliau dalam mendepan hidup.

Sekian lama saya mengambil masa untuk menukilkan ini. Selama itu jugalah saya melihat ini ada suatu usaha mewujudkan mimpi. Mimpi dan angan yang suatu ketika hanya berkubur di kotak fikir. Hari ini, beliau menyatakan kepuasan setelah memegang sendiri buku yang dicetak sendiri tanpa sokongan mana-mana pihak.

Pesanku pada beliau ketika dulu, 'Kalau pun tak mahu dicetak untuk di jual, cetaklah satu salinam untuk simpanan peribadi.'


------
Teman-teman pembaca, buku ini tiada dalam senarai goodreads. Tidak terjual pada mana-mana kedai buku. Maka kiranya siapa yang berminat untuk mendapatkan ini boleh lah berhubung dengan saya secara langsung.

Oh. Satu hal lagi, tak usah menyusahkan diri dengan mencari penulis ini lewat media sosial kerana beliau tak punya FB mahupun Instagram. Kerena beliau lebih senang begitu, hidup sebagai kutu yang tak di kenal sesiapa.


Kiranya mungkin penulis membaca ini, beliau pasti mengatakan aku ini lewah dalam memberi rasa. Tapi menurutku, tak mengapalah untuk kali ini, setimpallah dengan segala kesusahan mu ketika dulu.


Abul, Tetaplah hidup mewujud mimpi!

Friday, September 2, 2016

Pelukis Jalanan - Teme Abdullah.


Melunas habis bacaan. Sekitar satu jam setengah duduk di kedai buku Times, 1Borneo. Menghabis bacaan yang tertunggak. Hari tu cuma sempat baca sampai muka surat 54.

Saya kehilangan kata-kata mengekspresikan betapa rendah dirinya penulis ini.

Hari ini baru saya mengetahui beliau rupanya penghidap Dyslexia. Ah. Luar biasa. Beliau menceritakan dalam buku ini, hasil lukisan beliau pernah di sabotaj yang hingga menyebabkan beliau sekiranya didapati bersalah beliau akan di kenakan hukuman mengulang subjek.

Lukisan yang beliau lukis dengan tangan pernah di paparkan di lobi uni beliau. Namun, atas sabotaj ahli kumpulan, beliau tak diberikan markah langsung.

Akhir penulisan, beliau menegaskan. Jangan dicari siapa beliau. Cukuplah agar kita mengenalnya sebagai Teme Abdullah.

Beliau orangnya misteri. Besar jiwanya melangsung hidup dan akademik dengan hasil duit kerja sambilan semasa belajar. Semangat berdikari ini saya gemari.

Orangnya rendah diri. Kaya tawakkalnya. Luas sangka baiknya.

---------
Engkau yang merasakan hidupmu susah, cubalah membaca naskah ini. Pastinya akan memberimu inspirasi.



---------
Buku wishlist, tapi buat masa ini hanya mampu membaca di kedai buku sahaja. Meski kita cinta, tak bermaksud kita pasti memiliki.


Habis baca balik ke kedai.
Kedai buka sampai jam 10 malam hari ini. Hahaha. Yang mahu berkunjung, bekalkan saya makanan. 





31082016 | Times, 1 Borneo.

😂

Friday, February 15, 2013

Orthostatic hypotension

I personally like to share this.

Orthostatic hypotension — also called postural hypotension — is a form of low blood pressure that happens when you stand up from sitting or lying down. Orthostatic hypotension can make you feel dizzy or lightheaded, and maybe even faint.

Aku redha. Walau ia tidak mudah.


Orthostatic hypotension is often mild, lasting a few seconds to a few minutes after standing. However, long-lasting orthostatic hypotension can be a sign of more-serious problems, so talk to your doctor if you frequently feel lightheaded when standing up. It's even more urgent to see a doctor if you lose consciousness, even momentarily.


  • Most prevalent among the elderly. Causes include prescription medications and over-the-counter drugs, hypovolemia, vasodilation, prolonged bed rest, and disorders of the autonomic nervous system.

  • Treatment should seek to remove underlying causes. When this is not possible, as is the case with neurogenic disease, patients may require a combination of medication, nonpharmacologic aids, and lifestyle changes (clinicalkey.com)



Mild orthostatic hypotension often doesn't need treatment. Many people occasionally feel dizzy or lightheaded after standing, and it's usually not cause for concern. The treatment for more-severe cases of orthostatic hypotension depends on the cause.



# Hakikatnya. Aku masih belum buat medical check-up. Aku penat buat lab test-test ni segala. Doktor bukan bagi full explanation juga.

Hari-hari kena berlawan dengan kepeningan yang melampau ini. Duduk yang lama atau sekejap juga mengundang 'rasa' ini. Kepeningan yang di sertai pandangan hitam kelam. Ditemani bintang-bintang. Waduh. Nyaman.

Simptom ini juga datang bersama pakej yang lengkap. Pening. Pitam. Bintang-bintang. Sakit dada. Dan aku kena berpaut seketika pada benda statik yang berada di sekeliling. Aku sangat risau bila sebelah tu adalah mahluk lain jantina. (Sila nangis sambil memikirkan masa depan)

Andai saja engkau pernah merasainya. Pasti engkau dapat menikmati indahnya nikmat sihat itu.

Aku redha walau ia tidak mudah. 


Friday, November 9, 2012

Al-Banna!



Imam Hasan al-Banna mengatakan: “Saya dapat menggambarkan sosok mujahid adalah seorang yang sentiasa mempersiapkan dan membekali diri, berfikir tentang keberadaannya dalam segenap ruang hatinya. la selalu dalam keadaan berfikir. Waspada di atas kaki yang selalu dalam siap siaga. Bila diseru ia menyambut seruan itu.

Waktu pagi dan petangnya, bicaranya, keseriusannya, dan permainannya, tidak melanggar arena yang dia persiapkan untuknya. Tidak melakukan kecuali misinya yang memang telah meletakkan hidup dan kehendaknya di atas misinya. Berjihad di jalannya.

Anda dapat membaca hal tersebut pada raut wajahnya. Anda dapat melihatnya pada bola matanya. Anda dapat mendengarnya dari ucapan lidahnya yang menunjukkanmu terhadap sesuatu yang bergolak dalam hatinya, suasana tekad, semangat besar serta tujuan jangka panjang yang telah memuncak dalam jiwanya. Jiwa yang jauh dari unsur menarik keuntungan kecil di sebalik perjuangan.

Adapun seorang mujahid yang tidur sepenuh kelopak matanya, makan seluas mulutnya, tertawa selebar bibirnya, dan menggunakan waktunya untuk bermain dan kesia-siaan, mustahil ia termasuk orang-orang yang menang, dan mustahil tercatat dalam jumlah para mujahidin.”

Musafir PERMAS Ke Sabah


Alhamdulillah. Lawatan rombongan PERMAS ke Sabah. Terima kasih kerana sudi bertandang. Kami mengalu-alukan kedatangan kalian.

Setelah sekian banyak ujian dan halangan, akhirnya mereka tiba juga ke bumi Sabah! Tahniah!

Makan malam di Anjung Selera bersama sahabat PERMAS

Peserta siswi bersama SAHABAT

Bersama peserta siswi PERMAS. Mereka osem!!

Cenderahati daripada kontinjen PERMAS!

Menikmati hidangan bersama PERMAS

Menikmati pemandangan laut di puncak UiTM Sabah! 

Barisan ajk yang membantu sepanjang Program. Terima kasih kalian.

Lawatan ke muzium Sabah

Menaiki jambatan gantung di Muzium Sabah

Menghantar rombongan PERMAS ke Lapangan Terbang Air Asia

Lawatan ke kundasang.


Tuesday, August 28, 2012

KONVOI RAYA PSSKK & KRUKK 2012

Bismillah.

Nikmatnya apabila amalan ibadah ziarah-menziarahi apabila kita menghubungkan talian persaudaraan yang sedia terjalin dan bertanya khabar mengemaskini  keadaan semasa. Tahun ini, saya diberi peluang untuk meraikan hari kemenangan ini bersama Persatuan Siswazah Sabah.

Berada di rumah adik KRU, Marni Malik- Kinarut

Berada du rumah Umar Ali Jening | Melawa Qourt

Tuan rumah agak terlindung | Semua over exited bergambar | Umar Ali Jening
Konvoi raya kali ini memcatatkan kehadiran sebanyak 20 orang peng'ziarah' tegar. Konvoi kali ini juga telah berjaya menerjah sebanyak 15 buah rumah dalam masa 2 hari. Program yang tampak ringkas ini sebenarnya telah di rangka awal oleh pengarah dan timbalan penagarh konvoi raya ini.

Tuan Rumah- yang sedang duduk | Umar Ali Jening
KRU | Sarimah Massa | Kg. Rampaian
Meskipun sahabat KRU sedang berada di perantauan, rumahnya kami tetap jejaki | Ili Amnani & Soufi Afdol | Taman Kuala Menggatal

Program kali ini diterajui oleh Saudara Mohd Hannafi Muktah dan Saudari Irawan Ridduan. Meskipun program kali ini tampak santai, namun saya melihat komitmen dan permulaan yang cukup baik untuk diteruskan pada masa akan datang.

KRU | Nur Radia Binti Muammar | Inanam
Lagi
Pengarah program
Konvoi raya kali ini bukan sahaja berjaya berjaya menyantuni mad'u, bahkan saya juga melihat, program ini memberikan impak yang cukup besar terhadap persepsi keluarga yang di ziarahi. Di samping itu, Konvoi Raya kali ini juga menjadi medan 'reunion' kepada ahli PSS yang kebanyakannya merupakan pelajar dan mereka yang sudah berkerja. Hal ini juga secara tidak langsung dapat menghidupkan suasana harmoni apabila budaya bertukar-tukar pendapat dan percambahan idea dapat dihasilkan melalui ziarah kali ini.

PSS | Masrah Binti Licson | Kg. Tobobon
PSS | Azreen Syarif Sagaran | Telipok Ria
Mereka yang tidak pernah letih bergambar
“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan konvoi raya pada kali ini. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada mereka yang sanggup menginfakkan kenderaan untuk kegunaan program ini. Pengalaman ini pasti akan menjadikan kenangan yang manis untuk kita kenang bersama.” Ujar pengarah program ketika ditemui.

KRU | Sitti Nanda Binti Zainal | Likas
PSS | Noraziah Binti Ali Akbar | Kg. Gudon
PSS | Azmeer Zainuddin | Lapasan

Ternyata, amalan ziarah mengziarahi yang dianjurkan oleh Islam ini sememangnya dapat mengeratkan hubungan sillaturrahim di samping meningkatkan tafahhum sesama sahabat. 

Yang jauh kita rapatkan, yang dekat kita eratkan.
 
PSS | Mohd Hannafi Bin Muktah | Taman Kuala Menggatal
PSS | Hasmadi Hasbi | Lok Kawi
PSS | Faridah Binti Saidin | Tuaran

Buat sahabat pembaca, ayuh sama-sama kita mulakan ibadah puasa sunat 6 hari yang sangat dituntut oleh Islam.

Dari Abi Ayub Al-Anshari, : Bahwa Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa puasa Ramadhan kemudian diikutinya dengan puasa 6 hari di bulan Syawwal, adalah ganjarannya seperti puasa setahun” [Hadith Riwayat Muslim]

Dikesempatan ini, saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua para pembaca. Semoga Allah SWT menerima amalan kita semua sepanjang Ramadhan yang lalu. InsyaAllah.

Saturday, August 18, 2012

Nadwah Kepimpinan Islam (NKI) SMK (A) Mohammad Ali, Ranau


Alhamdulillah.

Program Nadwah Kepimpinan Islam SMK Agama Mohammad Ali (SEMEKAR) telah berlangsung pada 16-17 Jun 2012 yang bertempat di Lohan Rest House, Ranau. Program 2 hari 1 malam ini memfokuskan kepada pembinaan jati diri dan sifat kepimpinan dalam kalangan pelajar.

Progam Nadwah Kepimpinan Islam (NKI) merupakan program tahunan sekolah. Pada tahu ini, NKI telah mencatatkan penyertaan sebanyak 91 orang yang juga merupakan pelajar tingkatan 4 dan 6 rendah. 

Peserta putera dan puteri SEMEKAR

program ini turut disertai oleh Persatuan Siswazah Sabah (PSS) selaku teraju utama bagi mengendalikan pengisian dan modul sepanjang program berlansung. Program ini di anjurkan bagi melatikh bakat kepimpinan di samping mendedahkan kepada para pelajar mengenai cara berorganisasi dalam persatuan. Selain itu, teknik pengurusan masa juga di selitkan bagi memberi panduan kepada para pelajar agar dapat mengatur masa belajar dan berorganisasi dengan baik. Program kali ini juga turut menekankan kepentingan usrah sebagai salah satu medium penyampaian ilmiah yang baik. 



Sesi bersama fasilitator.
NKI kali ini juga turut menampilkan 2 pembentangan kertas kerja yang utama, iaitu Konsep Kepimpinan dan Tanggungjawab Pelajar dan Proses Pembinaan Pemimpin dan Pelan Stratergik Seorang Pemimpin  yang disampaikan oleh Ustaz Anuar Ali yang juga merangkap Guru Besar Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz, Bandar Sierra. Penerangan dan penyampaian yang di berikan ternyata Berjaya menarik perhatian peserta apabila penerangan juga turut menyelitkan tip-tip makanan berkhasiat dan stratergi menghafal formula  yang sesuai untuk di amalkan selaku pelajar Islam.

Pihak PSS selaku teraju utama yang mengendalikan pengisian kali ini turut menyerikan program dengan mohul khas iaitu ‘Night Walking’. Slot ini bertujuan bagi membentuk kekuatan jati diri para pelajar selaku pemimpin sekolah di samping member kefahaman kepada para peserta akan kepentingan kebergantungan kepada Allah dalam segenap segi kehidupan.
Qiamullail : Intipati utama slot ‘Night Walking’

 Riadah : ‘War Game!’

Majlis penutupan kali ini di hadiri oleh Pegawai Pendidikan Daerah bagi merasmikan majlis di iringi oleh Penolong Kanan SMK (A) Mohammad Ali dan Saudara Azizul Julirin merangkap wakil Persatuan Siswazah Sabah. Para jemputan juga di beri penghormatan untuk menyampaikan hadiah kepada peserta terbaik putera dan puteri.
Program kepimpinan seperti ini wajar untuk diperbanyakkan bagi melatih pelajar yang masih berada dibangku sekolah akan cara berogranisasi yang baik tanpa mengabaikan akademik. Remaja hari ini merupakan cerminan kepimpinan masa hadapan, maka adalah menjadi tanggungjawab semua pihak dalam menggembleng tenaga bagi membentuk pemimpin mengikut acuan Islam. Maka, didikan seperti ini harus bermula sejak dari institusi sekolah.
Sekalung tahniah dan terima kasih diucapkan kepada para peserta dan pihak sekolah kerana memberi kepercayaan kepada Persatuan Siswazah Sabah (PSS) bagi mengendalikan program kali ini. Moga usaha kecil ini bakal melahirkan golongan remaja yang terbaik bagi menerajui kepimpinan masa hadapan. 
Sekalung terima kasih dari PSS!