Monday, June 6, 2011

Aduhh sejuta..

Sudah berlalu himpunan sejuta
Belia yang muda turun menjadi sejuta
Angkanya sejuta .....bukan sedikit tu
Seronoknya bila angka sejuta dicapai
Belia lelaki dan wanita mendaftar sebagai sejuta


Arah dituju bersama lautan sejuta manusia
Songsang sedikit tidak mengapa, asal sejuta
Aduh..kenapa sungguh sejuta manusia disana
Aku dikampung mencari wang sejuta..bukan mudah
Sejuta belia, sumbang RM1 seorang, cukup RM1 juta tu
Kemudian, bagila pada yang memerlukan..


Rupanya yang hadir bukan sejuta
Malas aku nak nak kira..boleh kira dengan tangan kot
Tambah tolak bahagi campur (wartawan, pekerja am,warga tua)…
Tut tup ..belia yang betul belia adalah ..
adalah tak sampai sejuta


Di Malaysia ada lebih kurang 7 juta belia
Maksudnya..kita masih ada 6 juta belia yang tak ingin pun kesana
Duduk merangka..ingin menawan PUTRAJAYA…


Syabas..
Nanti kita himpunkan 6 juta belia di Masjid Negara
Solat Hajat dan Sujud Syukur diatas kejayaan ke PUTRAJAYA
Dengan kesabaran dan keyakinan, tawakkal pada Yang Esa




nukilan,
Muhammad Al-Fatih
Labuan

Sunday, June 5, 2011

Doakan saya!

tolong doakan saya.

doakan.doakan.doakan saya!


Wahai Allah, pemilik segala hati, 
kami mohon padaMU,
Lapangka hatiku dan hati sahabatku Hasnidar,
Kuatkan aku dan kuatkan juga sahabatku Hasnidar,
jadikanlah aku dan sahabatku Hasnidar ini sebagai orang yang sentiasa sabar dengan segala macam bentuk ujianMU,
jadikanlah aku dan sahabatku Hasnidar ini sebagai hamba yang sentiasa bersangka baik dengan setiap inci pencaturanMU,
lapangkan, damaikan, teguhkan hatiku dan hati sahabatku ini.


wahai Allah,
terimalah apa yang aku dan sahabatku Hasnidar ini lakukan sebagai mahar menuju redhaMU,
jangan Engkau campakkan rasa jemu dan penat di dalam hatiku dan hati sahabatku ini,
jadikanlah kami hamba-hambaMU yang bertakwa dengan sebenar-benar takwa.


Wahai ALLAH, 
sekiranya rasa sakit ini sahaja yang mempu menjadikan aku dan sahabatku ini kepada MU,
sekiranya rasa sakit ini sahaja yang mampu membuatkan hati-hati ini tunduk, menyerah dan menangis dihadapanMU, 
maka berikanlah yang terbaik untuk kami.
berikanlah.
kerana itu sahaya yang selayaknya untuk kami sebagai hambaMU.

Thursday, June 2, 2011

Nurul Insyirah Sunoto

Dedikasi entri kali ini saya tujukan buat sahabat saya Nurul Insyirah Sunoto.

Yuyu. yang turut sama menyempurnakan rangka 'bintang' ini

Beberapa hari lalu saya membaca entri terbarunya, kisahnya menjejaki bumi Syam. Bagaimana agaknya rasa hatinya setibanya di bumi bertuah itu. Alhamdulillah. Sebagai sahabatnya pasti kerisauannya keselamatnya semasa bepergian. Doaku hanya moga dia selamat pergi dan balik semula ke bumi Sabah ini. Dan alhamdulillah, Nurul Insyirah yang kami senangi dengan panggilan Yuyu ini selamat tiba bersama teman musafirnya di bumi berkah, Syam!



Seingatku dahulu, sebelum beliau memutuskan untuk memilih bumi Syam ini pernah dia menelefonku bertanyakan pendapat. Luahan hatinya ku sambut ceria. Bersama bergembira dengan tawaran ke bumi Anbiya itu. Lama kami bercerita, namun aku hanya mampu merumuskan bahawa, istikharah dan bertanyalah kepada seramai mungkin pendapat dan cadangan. Pertimbangkan mana yang terbaik. Tatkala itu hanya itu sahaja yang mampu aku berikan.

Yu, maaf kalau perbualan kita di waktu itu gagal untuk menengkan hatimu. malam tu, 1 perkara yang aku tidak tercakap, "Yu, syukran sebab percaya dengan aku, terima kasih sebab masih pilih aku sebagai tempat untuk minta pendapat. Terima kasih."


teringat dulu perkenalan kami..


makan bersama. 3 suapan pertama buat sahabat.. ingat lagi?

Kelas 4 Sains Tulen. Yuyu merupakan seorang pelajar baru. Bekas Pelajar SM Sains Sabah yang kemudiannya berpindah ke sekolah kami. Dulu. Aku masih ingat, yuyu duduk besebelahan dengan Anis. Asasnya dulu, kami hanya terdiri daripada 7 orang Ninja, dan penggabungan ahli baru, Yuyu menjadikan Ninja mempunyai kekuatan seramai 8 orang. Ya. Itulah kami.


Perkenalan kami pelik, Dimulakan dengan perasaan benci yang kemudiannya Allah tukarkan menjadi suatu kemanisan. Aku masih ingat, dulu ada beberapa orang daripada kami yang agak kurang menyenanginya. Maklumlah, pelajar baru. Tapi, siapalah yang tahu perancangan Allah!

reflection cermin kononnya.. Tetapi itulah yang manis!

Hari berganti hari-hari, kami semakin rapat tatkala dia mula memperlihatkan keterbukaannya dalam bergerak kerja. Kemana berprogram yuyu pasti akan turus sama. Dua tahun kami bersama di bangku sekolah, tetapi memorinya sehayat terasa. 

menuju ke tempat penyatuan hati-hati kami..

Berusrah, berjalan kaki, belajar, tunggu bas, singgah gerai goreng pisang, pokoknya dari bangun pagi hingga tidur kami lakukan bersama. Rumahnya juga menjadi tumpuan utama selepas rumah Ima. Manisnya memori itu! itulah Yuyu.

Sempat juga kami merancang bersama pelan perancangan hidup selepas tamat SPM. Masing-masing mengutarakan impian masing-masing. Dan tidak terkecuali Yuyu. Yuyu bercita-cita ingin menjadi seorang peguam. Seingatku dulu, selepas tamat SPM, dia ingin melanjutkan pelajarannya ke Tingkatan 6 dalam bidang kemanusiaan di SM San Zac, kemudian mengambil jurusan undang-undang di mana-mana universiti.  

USRAH!
Alhamdulillah, dia berjaya menghabiskan STPM seperti yang dia rancangkan, cuma berbeza sekolah. Dia masih ditempatkan di SMK Tobobon memandangkan sekolah itu masih memerlukan sentuhan tarbiyyah darinya. Aku juga masih ingat, kami pernah bersetuju untuk bersama-sama merentasi lautan STPM, tapi panggilan Allah membawaku ke UiTM. Itulah kami!

Namun siapa tahu perancangan ALLAH. perancangan yang sentiasa manis dan tepat pada waktunya. Takdir Allah menghantar yuyu ke bumi Syam. Bumi yang tidak pernah kami bicarakan dalam diskusi-diskusi motivasi kami. Tidak pernah. Dan alhamdulillah, kami bersama tumpang gembira dengan keputusanmu. 

The Ninjas!

yuyu, ketahuilah, meskipun kami tidak menghantar mesej-mesej kerinduan kepadamu tatkala engkau pergi meninggalkan bumi sabah, tetapi ketahuilah bahawa hanya doa dan ucapan syukur sahaja yang mampu kami kirimkan tatkala engkau memilih bumi berkah itu. Ingatlah setiap bait ikrar yang kita sama-sama pegang, meskipun bait-bait itu tidak terlafaz dengan lisan. Terima kasih untuk segala macam pertolongan, dan nasihatmu sepanjang perkenalan kita.


yuyu, ketahuilah bahawa entah bila lagi kita akan bersua, yakinlah, kalaupun bukan pertemuan kita di dunia ini, moga Allah pertemukan kita di akhirat nanti..


jaga diri, kesihatan dan iman. Insyaallah, takdir Allah akan menemukan kita. Doakan keistiqamahan hati-hati kita. Jauh di mata dekat di hati :)






Sayang Yuyu slalu!