Thursday, May 3, 2012

Bengkel Pemantapan Organisasi KRU KK

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Alhamdulillah. Dengan izinNYA, Bengkel Pemantapan Organisasi Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) Kota Kinabalu telah selamat dijalankan. Program ini telah berlangsung pada 1 Mei 2012 bertempat di Pejabat Penerangan Universiti Apartment.

Program ini julung-julung kali di adakan semenjak penubuhan KRU ini. Ia juga sangat bersesuaian kerana sesi kepimpinan KRU KK bagi sesi 2012/2013 baru sahaja dilantik dalam Mesyarat Agung Tahunan KRU KK yang lepas kali ke-5. Program kali ini lebih berfokus kepada pencerah skop tugas kepada setiap ajk yang dilantik dan slot 'brainstorming' takwim tahunan KRU KK.

Program kali ini turut melibatkan mantan kepimpinan KRU KK yang lepas yang meyaksikan kehadiran keseluruhan peserta adalah seramai 14 orang. Saudara Renifezri selaku moderator dan sekali gus merupakan pemudah cara bagi program tersebut. 

Selain itu, terdapat juga wakil pemantau daripada Persatuan Siswazah Sabah (PSS) iaitu saudari Norpaidah Mohd Yacob yang turut sama turun padang bagi bersama-sama menyumbang tenaga dan idea sebagai tanda sokongan. Selain itu, kehadiran juga turut mencatatkan kehadiran seorang jemputan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah iaitu, saudari Laizah Binti Laidah.


Moderator Program - Renifezri Bin Mohammad

Slot Brainstorming program.


Slot ini merupakan slot wajib bagi mana-mana bengkel pengurusan organisasi. Hal ini secara tidak langsung dapat memberikan pelajaran kepada para peserta secara praktikan mengenai struktur pengurusan organisasi.


Slot brainstorming - Lajnah Kepimpinan dan Organisasi (LKO)
Secara umumnya, LKO berperanan untuk mengatur program-program sama ada program yang bersifat kepimpinan, kemasyarakatan, mahupun kerohanian. Unit ini diterajui oleh Saudara Nazree Bin Munir (Pelajar Lepasan SPM SMK Tobobon) dan Saudari Sitti Nanda Binti Zainal (Pelajar Tingkatan 5 SMK Likas) selaku sayap kiri bagi LKO.

Rehat - Take 5!

Lajnah Tarbiyyah dan Dakwah
Sesi kepimpinan kali ini memperlihatkan Saudara Fariz Amirul (Pelajar Lepasan SPM SMK Tobobon) selaku nahkoda kapal utama. Saudara Faris sebelum ini merupakan Bendahari Kehormat bagi sesi kepimpinan 2011/2012.

Take 5!

Diharapkan sesi kepimpinan kali ini mampu membawa arus perubahan dan nafas baru kepada KRU KK itu sendiri. Semoga langkah dan sumbangan kita semua di jalan ini di kira sebagai mahar menuju ALLAH.

Selamat maju jaya kepada saff kepimpinan KRU KK sesi 2012/2013!



Yang Mendoakan kalian,

Berpuluh-puluh mantan kepimpinan KRU KK sesi 2007-2012.