Monday, June 11, 2012

Kem Remaja Islam Sipitang.

Alhamdulillah.

Dengan izin Allah, kali ini geng Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) Kota Kinabalu sempat untuk menyumbangkan tenaga bersama sahabat-sahabat KRU Sipitang dalam program Kem Remaja Islam Sipitang. KRIS Sipitang kali ini mencatatkan kehadiran peserta sekitar 60 orang. Program berlangsung bermula 4 Jun- 7 Jun ini membawakan banyak aktivit baru seperti forum, night walking. Forum kali ini menampilkan Imam Muda Ali sebagai panel dengan tajuk, Si Tnggang Alaf Baru.

Slot riadah

Program kali ini mendapat sokongan sepenuhnya daripada Jawatankuasa Kenajikan Kanak-Kanak dan Pasukan Pelindung Kanak-kanak Daerah Sipitang. Pengisian sepenuhnya di kendalikan oleh Persatuan Siswazah Sabah (PSS) Sipitang. Lokasi KRIS kali ini bertapak di Masjid Imam Awang Hasyim, Sipitang. KRIS Sipitang pada kali ini membawakan tema 'Minda Super Remaja Mukmin' dengan gandingan lagu tema iaitu Bingkai Kehidupan.

Sesi pencerahan LDK bersama Fasilitator
Program kali ini juga berjaya meyaksikan perlantikan saff kepimpinan KRU Sipitang yang baru. Ternyata, program KRIS ini berjaya untuk memberi nafas baru kepada saff kepimpinan KRU Sipitang yang telah lama diimpikan kemunculannya. 

Barisan pimpinan KRU Sipirang yang baru dilantik. Muslimin.


Sayap kiri perjuangan KRU di bumi sipitang.
 Saff kepimpinan KRU Sipitang menerima 'button batch' sebagai tanda rasmi pelantikan mereka selaku kepimpinan yang baru.

Rombongan KRU KK berkunjung ke Sipitang menggunakan kereta api KK-Beaufort. Rombongan kali ini menyaksikan sekitar 14 orang ahli KRU KK bersama membantu ahli KRU Sipitang bagi menjayakan program ini. Terdapat banyak halangan dan ujian yang ditempuhi oleh rombongan KRU KK sepanjang menuju ke tapak program. Namun, berkat kesabaran semua cabaran berjaya ditempuhi dengan baik.

Menikmati ABC Special Sipitang
 
Krew rombongan KRU KK sempat menikmati ABC special Sipitang yang bertempat di Esplanad Sipitang. 

Bergambar bersama peserta dan ajk KRIS Sipitang

sekali lagi.
Krew KRU Sipitang.

Sampai bertemu lagi sahabat-sahabat Sipitang!

Saturday, June 2, 2012

Kem Remaja Islam Kota Kinabalu

Alhamdulillah.

Banner utama Kem Remaja Islam (KRIS)

Kem Remaja Islam Kota Kinabalu Kali ke-5 telah selamat berakhir. Program yang berlangsung di Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang kali ini benar-benar telah menarik ratusan peserta. Jumlah keseluruhan peserta pada KRIS kali ini mencatatkan kehadiran sebanyak 213 orang. Kehadiran peserta KRIS ini mewakili peserta daripada sekolah sekitar kota kinabalu seperti Maktab Rendah Sains Mara, SM Sains Sabah, SMK Tobobon, SMK Perempuan Likas, SM Teknik Likas, SMK Likas, SMK Taman Tun Fuad, SM All Saint, SMK (A) Toh Puan Hajah Rahmah, SMK (A) Tun Ahmad Syah, SM Shan Tao dan SM San Zac. Kem kali ini juga turut dihadiri oleh peserta paling cilik daripada SJK (C) Yick Nam.

Peserta perempuan.

Sesi pendaftaran
KRIS kali ini juga turut menampilkan 3 Kuliah Dasar yang utama, iaitu Aqidah teras jati diri muslim disampaikan oleh Yang Berbahagia, Ustaz Babbar. Kuliah Dasar yang kedua pula di sampaikan oleh Ustaz Salman dengan tajuk Ibadah Pemangkin Muslim Sejati. Manakala Kuliah dasar yang terakhir menampilkan Ustaz Aziz Bongsu dengan tajuk kuliah Akhlak Bunga Diri yang nyatanya berjaya menambat hati peserta yang mendengar.

Ustaz Aziz Bongsu bersama tuan pengarah program melawat ke gerai pameran dan jualan
Terdapat juga beberapa aktiviti santai yang diselitkan seperti slot Latihan Dalam Kumpulan, Explorace dan Riadah. Slot Muhasabah pada kali ini lebih memfokuskan kepada penghayatan terhadap peranan sorang anak terhadap ibu bapa, Rasulullah dan Allah. Slot ini disampaikan oleh Saudari Suzana yang juga merupakan seorang guru. Hasilnya, slot ini berjaya menambat dan menyentuh hati peserta. Suasana hiba menyelubungi kawasan legar Masjid Nurul Hikmah tatkala slot berlangsung. Atmosfera keinsafan juga turut dirasai oleh ajk pelaksana .

Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan
Slot bersama fasilitator
Di samping itu, KRIS KK juga menerima jemputan khas daripada fasilitator yang di import daripada Universiti Teknologi Mara, Politeknik Kota Kinabalu, Politeknik Kuching Sarawak dan Kolej Matrikulasi Labuan. Pembawaan fasilititator yang santai ternyata dapat memecahkan benteng diantara fasilitator dan peserta.
Sesi suai kenal - Sarang Labah-labah
Slot pengenalan kepada Kelab Remaja Ukhuwwah - Barisan pimpinan sesi 2012/2013

KRIS KK kali ini membawakan tema 'Be a Better Muslim' sebagai nadi progam. Tema ini turut diganding bersama lagu tema pilihan iaitu, Remaja Islam Bangkitlah. Gandingan lagu dan tema ini berjaya menghasilkan suasana yang menyegarkan.

Peserta lelaki bersama panji masing-masing
Peserta perempuan

Majlis penutupan KRIS KK Kali ke-5 ini dirasmikan oleh pengerusi Masjid Nurul Hikmah dan Saudara Muhamamad Zul Hilmey yang juga selaku Presiden Persatuan Siswazah Sabah.

Penyampaian cenderahati kepada para peserta
Presiden PSS menyampaikan cenderahati kepada peserta
Ternyata, masyarakat pada hari ini sudah mula kembali kepada permulaan kehidupan. Iaitu, kembali kepada fitrah manusia iaitu beragama. Buktinya, jumlah penyertaan daripada peserta pada KRIS KK kali ini benar-benar di luar jangkaan ajk pelaksana. Minda masyarakat hari ini sudah mula dibentuk dengan acuan agama. Komitmen dan kesungguhan para ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke program kerohanian sempena cuti sekolah ini sudah cukup untuk menggambarkan bahawa remaja dan masyarakat hari ini sudah mula melihat bahawa didikan agama yang mecukupi pasti dapat membentengi mereka daripada masalah sosial hari ini.

Akhir kalam, semoga program Kem Remaja Islam Kota Kinabalu pada kali ini benar-benar dapat melahirkan individu muslim total. Program kecil seperti ini dapat menjadi batu loncatan kepada para ajk pelaksana, peserta untuk mejadi individu muslim yang lebih baik.

Minit-minit terakhir - Sidang fasilitator dan ajk

Sekalung aprisiasi pihak kami ucapkan kepada pihak masjid Nurul Hikmah yang memberi peluang kepada kami untuk bertapak selama 3 hari di masjid tersebut, delegasi kepimpina PSS yang memberi kepercayaan sepenuhnya kepada ajk pelaksana serta jutaan terima kasih kepada ibu bapa yang turut sama berbakti dan memberi izin kepada para peserta untuk menyertai KRIS KK kali ini.

Barisan fasilitator


Moga kita bertemu lagi.



Nantikan! Kem Remaja Cemerlang (KRC) yang bakal mendatangi anda hujung Ogos nanti!!