Friday, September 2, 2016

Pelukis Jalanan - Teme Abdullah.


Melunas habis bacaan. Sekitar satu jam setengah duduk di kedai buku Times, 1Borneo. Menghabis bacaan yang tertunggak. Hari tu cuma sempat baca sampai muka surat 54.

Saya kehilangan kata-kata mengekspresikan betapa rendah dirinya penulis ini.

Hari ini baru saya mengetahui beliau rupanya penghidap Dyslexia. Ah. Luar biasa. Beliau menceritakan dalam buku ini, hasil lukisan beliau pernah di sabotaj yang hingga menyebabkan beliau sekiranya didapati bersalah beliau akan di kenakan hukuman mengulang subjek.

Lukisan yang beliau lukis dengan tangan pernah di paparkan di lobi uni beliau. Namun, atas sabotaj ahli kumpulan, beliau tak diberikan markah langsung.

Akhir penulisan, beliau menegaskan. Jangan dicari siapa beliau. Cukuplah agar kita mengenalnya sebagai Teme Abdullah.

Beliau orangnya misteri. Besar jiwanya melangsung hidup dan akademik dengan hasil duit kerja sambilan semasa belajar. Semangat berdikari ini saya gemari.

Orangnya rendah diri. Kaya tawakkalnya. Luas sangka baiknya.

---------
Engkau yang merasakan hidupmu susah, cubalah membaca naskah ini. Pastinya akan memberimu inspirasi.



---------
Buku wishlist, tapi buat masa ini hanya mampu membaca di kedai buku sahaja. Meski kita cinta, tak bermaksud kita pasti memiliki.


Habis baca balik ke kedai.
Kedai buka sampai jam 10 malam hari ini. Hahaha. Yang mahu berkunjung, bekalkan saya makanan. 





31082016 | Times, 1 Borneo.

😂