Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Friday, February 15, 2013

Orthostatic hypotension

I personally like to share this.

Orthostatic hypotension — also called postural hypotension — is a form of low blood pressure that happens when you stand up from sitting or lying down. Orthostatic hypotension can make you feel dizzy or lightheaded, and maybe even faint.

Aku redha. Walau ia tidak mudah.


Orthostatic hypotension is often mild, lasting a few seconds to a few minutes after standing. However, long-lasting orthostatic hypotension can be a sign of more-serious problems, so talk to your doctor if you frequently feel lightheaded when standing up. It's even more urgent to see a doctor if you lose consciousness, even momentarily.


  • Most prevalent among the elderly. Causes include prescription medications and over-the-counter drugs, hypovolemia, vasodilation, prolonged bed rest, and disorders of the autonomic nervous system.

  • Treatment should seek to remove underlying causes. When this is not possible, as is the case with neurogenic disease, patients may require a combination of medication, nonpharmacologic aids, and lifestyle changes (clinicalkey.com)



Mild orthostatic hypotension often doesn't need treatment. Many people occasionally feel dizzy or lightheaded after standing, and it's usually not cause for concern. The treatment for more-severe cases of orthostatic hypotension depends on the cause.



# Hakikatnya. Aku masih belum buat medical check-up. Aku penat buat lab test-test ni segala. Doktor bukan bagi full explanation juga.

Hari-hari kena berlawan dengan kepeningan yang melampau ini. Duduk yang lama atau sekejap juga mengundang 'rasa' ini. Kepeningan yang di sertai pandangan hitam kelam. Ditemani bintang-bintang. Waduh. Nyaman.

Simptom ini juga datang bersama pakej yang lengkap. Pening. Pitam. Bintang-bintang. Sakit dada. Dan aku kena berpaut seketika pada benda statik yang berada di sekeliling. Aku sangat risau bila sebelah tu adalah mahluk lain jantina. (Sila nangis sambil memikirkan masa depan)

Andai saja engkau pernah merasainya. Pasti engkau dapat menikmati indahnya nikmat sihat itu.

Aku redha walau ia tidak mudah. 


Friday, August 17, 2012

Condition 1 [Kepeningan Melampau]

Bismillah.

Seriuosly. Saya sedang mengalami kepeningan dan pitam yang kerap. Diselangi dengan sakit dada. 

Kadang saya hampir jatuh. Kestabilan untuk berdiri juga semakin kurang. Saya terpaksa berpaut pada kerusi meja untuk berdiri beberapa minit. Untuk beberapa ketika saya rasa dunia berpusing, hitam, gelap. Sya juga jumpa bintang-bintang.

Doakan saya.

Resolusi yang saya dapat hasil pembacaan di internet adalah :

1- I should make a medical check up. Probably something goes wrong.

2- It may be a symptoms of thalassemia. But based on my reading, i am not listed. However, my sister nearly identified with thalassemia carrier. The results shown, her HB is only 11.02, while thalassemia is below than 11. The difference is 0.02.

3- Practice a balance diet. Salah satu punca pening adalah kurang makan atau makan tidak teratur. I guess this is the main reason. Saya malas makan. Sangat. Tapi bila makan, saya makan dengan sangat banyak melebihi kawan-kawan saya.

4- Degree of glasses might not suitable with my eyes. Mungkin jugak. 

5- Stress. Erk. I guess not. But maybe. 



Saya sebenarnya juga malas untuk buat check up. I had go for a many times. Yet, the doctors did not really give me a good explanation. Then I decided to go for swasta. But it costs hundreds. I couldn't afford it.

Jadi kalau pesakit mengalami sakit kepala, ianya tidak normal. Kalau ada doktor atau paramedic yang berkata “sakit kepala awak ini normal”, maka (dengan kemaafan) saya mengangap doktor atau paramedik ini malas untuk menerangkan apa yang sebenarnya berlaku dan mungkin dia mempunyai tahap pengetahuannya yang tidak mencukupi. (Dr. Zubaidi, 2010)

I've been tested 2 times in the lab. Diagnosed for an aneamia. First, during my secondary school. Second time in final semester in my diploma. Alhamdulillah. It is negative.


Actually. I am afraid to get any medical reports. Maka doakan saya.





#Mood 1 : Kepeningan yang melampau. Unstable.

#Mood 2 : Saya ingin belajar. Allah Maha Pemberi sebaik-baik kesakitan. Sebaik baik tempat. Hasnidar, yakinlah. Allah punya perancangan yang terbaik. Tolong yakinkan saya. I must believe. 

Rindu meja belajar.
 

Saturday, May 7, 2011

Pening-Sakit Saraf


Alhamdulillah. Ini saya berbesar hati untuk berkongsi akan ilmu Allah berkaitan kesihatan. Kebelakangan ini saya sangat-sangat kerap pening kepala yang pada pengamatan saya sangat teruk. huhuhu... ku tanyakan kepada diri, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan pening ini. Lalu ditemukan aku dengan artikel ini. Moga ada manfaatnya buat yang membaca. Dan jangan lupa doakan saya!


Apakah yang dimaksudkan dengan pening?

pening.
Pening ialah satu keadaan di mana seseorang itu merasa seperti hendak pitam atau tidak dapat mengawal keseimbangan badan apabila berdiri atau duduk. Ini mungkin disebabkan oleh kekurangan pengaliran darah dan bekalan oksigen ke otak  dan  saraf tunjang menyebabkan  berlakunya  penurunan  tekanan  darah secara tiba-tiba.


Perkataan-perkataan lain yang biasa digunakan untuk menerangkan pening ialah perasaan gayat, ringan kepala dan hilang keseimbangan, dan terhuyung-hayang. Walau bagaimanapun,  gayat  sebenarnya  lebih  merupakan  perasaan  seperti alam sekeliling berputar-putar/berpusing-pusing.

Pening   jarang    menjadi    penyebab   kepada    penyakit   yang   serius.    Walau bagaimanapun, terdapat beberapa gangguan serius yang boleh menyebabkan pening, biasanya keadaan ini akan dialami bersama-sama dengan gejala-gejala lain.  Gangguan-gangguan yang serius ini termasuklah masalah jantung seperti penyakit injap atau serangan jantung, strok dan tekanan darah rendah yang serius atau mengalami kejutan.

Mekanisma keseimbangan telinga dalam yang tidak berfungsi dengan baik juga boleh  menyebabkan pening. Memandangkan mekanisma keseimbangan juga membantu mengawal  pergerakan  mata,  pening  jenis  ini  biasanya  dikaitkan dengan rasa gayat. Selalunya dalam  keadaan begini, alam sekeliling kelihatan seperti berputar-putar. Keadaan ini biasanya  disebabkan oleh jangkitan virus pada telinga dalam.

Ringan kepala pula ialah satu keadaan di mana kita terasa seperti hendak pitam dan selalunya berlaku semasa demam selsema atau flu. Ia biasanya tidak serius jika tidak diiringi dengan gejala-gejala lain.

Pengsan/pitam secara tiba-tiba (pengsan/pitam vasovagal) lebih mudah berlaku apabila seseorang  itu  berada  dalam  keadaan  berdiri.  Pengsan  yang  biasa selalunya didahului dengan rasa lemah, terhuyung-hayang dan loya.

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pening secara Iazimnya?

Faktor-faktor yang biasanya menyebabkan pening ialah:

     Sakit yang teruk

     Hiperventilasi


.      Sakit kepala

.      Kecederaan

.      Ketakutan

.      Tekanan darah rendah

.      Pengambilan darah

.      Batuk teruk

.      Meneran semasa membuang air besar atau kecil

.     Berdiri terlampau cepat selepas berbaring atau duduk terutamanya bagi warga tua

.      Jangkitan virus pada telinga dalam

.      Mabuk

.      Tekanan pada sinus karotid di leher (mungkin disebabkan oleh kolar baju yang terlalu ketat)

.      Ubat-ubatan -  terutamanya  ubat  penenang,  ubat-ubat  yang  digunakan untuk     sakit             jantung,               antikonvulsan,  aspirin,   Phenytoin,   Gentamicin, Streptomycin,  narkotik, sedatif dan kebanyakan ubat antihipertensi (anti darah tinggi).

.      Jantung yang berdegup terlalu perlahan ( di bawah 30 kali/minit) atau terlalu cepat (sekitar 200 kali/minit)

.      Migrain yang klasik atau migrain biasa

.      Pergantungan kepada ubat-ubatan/dadah dan penyalahgunaannya.

.      Alahan kepada ubat-ubatan

.      Pembedahan telinga tengah atau trauma

.      Penembusan membran timpanik

.    Penyakit   telinga    (otitis    media,    labirintitis,   mastoiditis,    choleastoma, neuronitis vestibul)

.      Gangguan penglihatan


Penjagaan sendiri

.      Duduk beberapa minit dan tarik nafas panjang-panjang. Berdiri sekali lagi perlahan-lahan.

.      Duduk   atau    berdiri    perlahan-lahan  untuk   mengelakkan   perubahan pengaliran darah ke kepala yang boleh menyebabkan pening.

.      Elakkan kedudukan kepala atau perubahan kedudukan kepala yang boleh menyebabkan rasa gayat.

.      Elakkan   baring    menelentang   jika    anda    terasa    gayat.    Jika    anda meninggikan sedikit belakang badan dan kepala anda dengan bersandar pada  sesuatu,  ia mungkin dapat membantu melegakan rasa berputar- putar yang dialami.

Adakah  saya  perlu  mendapatkan  pertolongan  daripada  pegawai  perubatan apabila terasa pening?

Hubungi doktor jika:

.      Rasa  pening  disertai  dengan  sakit  dada,  sakit  kepala,  kekeliruan, kehilangan   pendengaran,  perubahan  penglihatan,  rasa  lemah  pada tangan atau kaki atau kebas di mana-mana bahagian anggota badan.

.      Merasa seperti hendak pitam atau anda langsung tidak sedarkan diri.

.      Anda mengalami  gayat  yang  teruk  (  biasanya  menyebabkan  muntah- muntah)  atau  disamping  rasa  gayat  anda  juga  mengalami  kehilangan pendengaran atau sakit telinga yang ketara.

.      Anda merasakan pening yang dialami merupakan kesan sampingan ubat yang diambil.

.      Pening yang dialami berlarutan lebih daripada tiga hingga lima hari dan mengganggu aktiviti harian anda.

.      Anda mengalami gayat yang teruk atau berpanjangan lebih daripada tiga hari, belum  pernah diperiksa oleh doktor atau keadaan kali ini berbeza daripada sebelumnya.

.      Anda mengalami ringan kepala yang berulang-ulang beberapa hari.

.      Jika denyutan nadi anda kurang daripada 50 atau lebih daripada 130 kali seminit semasa anda merasa ringan kepala.





kawan-kawan..doakan saya.. sebab Rasulullah kata..


HR Muslim dan Abu daud dari Abu Darda':
"Tidak adalah seorang Muslim yg berdo;a kepada saudaranya (yg tiada disisinya) melainkan Malaikat akan berkata," dan semuga do'a itu juga kembali kepadamu" (Albani, Sahih aljami' #5737)

wahai Allah,
kurniakanlah lisan yang lembut, basah mengingati dan menyebut namaMU,
hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMU,
serta badan yang ringan menyempurnakan perintahMU,
sekiranya sakit ini terbaik untuk kami,
maka kami redha akan pencaturanMU,


kuatkan kami ya ALLAH.
ameen.
terima kasih kalian :)