Bismillah.
Nikmatnya
apabila amalan ibadah ziarah-menziarahi apabila kita menghubungkan talian
persaudaraan yang sedia terjalin dan bertanya khabar mengemaskini keadaan semasa. Tahun ini, saya diberi peluang
untuk meraikan hari kemenangan ini bersama Persatuan Siswazah Sabah.
 |
Berada di rumah adik KRU, Marni Malik- Kinarut |
 |
Berada du rumah Umar Ali Jening | Melawa Qourt |
 |
Tuan rumah agak terlindung | Semua over exited bergambar | Umar Ali Jening |
Konvoi
raya kali ini memcatatkan kehadiran sebanyak 20 orang peng'ziarah' tegar.
Konvoi kali ini juga telah berjaya menerjah sebanyak 15 buah rumah dalam masa 2
hari. Program yang tampak ringkas ini sebenarnya telah di rangka awal oleh
pengarah dan timbalan penagarh konvoi raya ini.
 |
Tuan Rumah- yang sedang duduk | Umar Ali Jening |
 |
KRU | Sarimah Massa | Kg. Rampaian |
 |
Meskipun sahabat KRU sedang berada di perantauan, rumahnya kami tetap jejaki | Ili Amnani & Soufi Afdol | Taman Kuala Menggatal |
Program
kali ini diterajui oleh Saudara Mohd Hannafi Muktah dan Saudari Irawan Ridduan.
Meskipun program kali ini tampak santai, namun saya melihat
komitmen dan permulaan yang cukup baik untuk diteruskan pada masa akan datang.
 |
KRU | Nur Radia Binti Muammar | Inanam |
 |
Lagi |
 |
Pengarah program |
Konvoi raya kali ini bukan sahaja
berjaya berjaya menyantuni mad'u, bahkan saya juga melihat, program ini
memberikan impak yang cukup besar terhadap persepsi keluarga yang di ziarahi.
Di samping itu, Konvoi Raya kali ini juga menjadi medan 'reunion' kepada ahli
PSS yang kebanyakannya merupakan pelajar dan mereka yang sudah berkerja. Hal
ini juga secara tidak langsung dapat menghidupkan suasana harmoni apabila
budaya bertukar-tukar pendapat dan percambahan idea dapat dihasilkan melalui
ziarah kali ini.
 |
PSS | Masrah Binti Licson | Kg. Tobobon |
 |
PSS | Azreen Syarif Sagaran | Telipok Ria |
 |
Mereka yang tidak pernah letih bergambar |
“Saya mengucapkan jutaan terima kasih
kepada semua yang terlibat menjayakan konvoi raya pada kali ini. Terima kasih
yang tidak terhingga juga kepada mereka yang sanggup menginfakkan kenderaan
untuk kegunaan program ini. Pengalaman ini pasti akan menjadikan kenangan yang
manis untuk kita kenang bersama.” Ujar pengarah program ketika ditemui.
 |
KRU | Sitti Nanda Binti Zainal | Likas |
 |
PSS | Noraziah Binti Ali Akbar | Kg. Gudon |
 |
PSS | Azmeer Zainuddin | Lapasan |
Ternyata, amalan ziarah mengziarahi
yang dianjurkan oleh Islam ini sememangnya dapat mengeratkan hubungan
sillaturrahim di samping meningkatkan tafahhum sesama sahabat.
Yang jauh kita rapatkan, yang dekat kita eratkan.
 |
PSS | Mohd Hannafi Bin Muktah | Taman Kuala Menggatal |
 |
PSS | Hasmadi Hasbi | Lok Kawi |
 |
PSS | Faridah Binti Saidin | Tuaran |
Buat sahabat pembaca, ayuh sama-sama
kita mulakan ibadah puasa sunat 6 hari yang sangat dituntut oleh Islam.
Dari Abi Ayub Al-Anshari, : Bahwa Rasulullah SAW bersabda :
“Barangsiapa puasa Ramadhan kemudian diikutinya dengan puasa 6 hari di bulan
Syawwal, adalah ganjarannya seperti puasa setahun” [Hadith
Riwayat Muslim]
Dikesempatan ini, saya sekeluarga
ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua para pembaca. Semoga
Allah SWT menerima amalan kita semua sepanjang Ramadhan yang lalu. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment