Friday, December 31, 2010

Quote for today (1-1-11)

 I remembered telling myself a few years ago that when I grow up, have my own job and a secured life, I want to look after my mom. I want to give her the love and care she deserves, like the times when she took care of me ever since I was a small kid. Yet, Allah certainly has His own plans.
(Allahyarham Dr. Mas Afzal Masarudin, 2009)


"Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. ALLAH mengetahi sedang kamu tidak mengetahui" (Al-Baqarah,216)



so, whats is in your mind?
ALLAH tidak akan zalim pada makhlukNYA, 
then, appreciate every single pain that ALLAH had give to you!




kadang-kadang ALLAH bagi banyak benda yang kita tidak suka, tetapi itulah juga yang beri banyak manfaat kepada kita.

persoalannya,

sama ada kita sedar atau tidak?

Wednesday, December 29, 2010

Let the pictures speak thousand words

"BERGAUL dan BERKAWANLAH dengan orang-orang yang soleh dan berilmu. 
BUKALAH pintu hatimu dan DENGARLAH segala nasihat dan tunjuk ajar darinya.
sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah yang kering lalu engkau sirami air hujan"
(19 september 2008-Pondok Taman Fulliwa-usrah-)


"Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun sibuk mencari ilmu pengetahuan tetapi TIDAK pernah mengamalkannya. Perbuatan ini seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa menambahkan timbunan kayunya tetapi tidak mahu mengangkatnya"
(30 Oktober 2009-Preparing for final exam-Biology paper)


"Berhati-hatilah terhadap TUTUR KATA dan BICARAMU, peliharalah BUDI BAHASAMU dan sentiasalah BERMANIS MUKA, nescaya kamu akan disenangi dan disukai orang yang berada di sekelilingmu" 
(18 Julai 2010-Modul Part3-UiTM KK)

"Jika engkau mencari SAHABAT SEJATI maka kamu ujilah dia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah terhadapmu. Sekiranya dalam kemarahan itu dia masih mampu menasihatimu, menyedarkan, menginsafkan kamu, maka DIALAH sahabat yang dicari. Jika berlaku sebaliknya maka BERWASPADALAH kamu terhadapnya."(n.d-Makmal)


"Apabila kamu mempunya TEMAN KARIB maka jadikanlah dirimu sebagai seorang yang TIDAK MENGHARAPKAN sesuatu apapun daripadanya, sebaliknya biarkanlah temanlu itu mengharapkan sesuatu darimu" 
(19 Disember 2007-Islamic Summer Camp-Kg Trayung)


"Janganlah kamu ketawa jika tiada suatu yang menggelikan, janganlah kamu bertanya tentang sesuatu yang tidak memberi apa-apa faedah kepadamu, janganlah kamu berjalan jika tiada arah tujuan dan janganlah kamu mensia-siakan hartamu ke jalan maksiat."
(27 November 2008-Last day SPM-Mo pi solat zohor)

"Janganlah kamu makan dengan terlalu kenyang dan berlebih-lebihan"


"Janganlah kamu melantik seorang yang bodoh menjadi utusanmu. Jika tiada siapa yang lebih cerdas, bijak dan pintar maka sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi utusan"
(27 Januari 2010-Pimpinan SAHABAT sesi Julai-Disember 2010-Pusat Islam Kesayangan)



p/s: suma tu adalah wasiat Lukmanul Hakim.. :)





so, all the picture have their own message right?

Friday, December 24, 2010

Separuh Masa Kedua!

Semester baru akan bermula tidak lama lagi. Buat kesekian kalinya aku bakal bergelar sebagai seorang pelajar. Namun, nekad langkah kakiku ke bumi akademik ini bukan sahaja aku mengimpikan skroll pengijazahan akademik, tetapi juga skroll dari ALLAH. 

Teringat suatu ketika dulu, seorang naqibah pernah menjelaskan kepada ku. 

kakak : Dik, dalam universiti ni ada dua jenis pelajar..
aku    : Hah, dua jenis? Pelajar pun ada jenis ke kak?
kakak : Ha'ah..
aku    : apa la?
kakak : jenis yang pertama yang hari-harinya hanya pergi dan pulang kuliah sahaja, harapannya moga-moga dapat result yang baik..
aku    : oo.. jenis macam tu memang la ada kak.. Jenis yang 1 lagi apa??
kakak : Jenis pelajar yang kedua, dia pergi dan datang kuliah seperti orang lain jugak. tapi, selain dia berfikir keberlangsungan akademiknya, pelajar ni fikir jugak macam mana untuk membangunkan islam di hati kawan-kawan sekelasnya..
aku    : oo..


Perbincangan yang padaku cukup santai namun terselit seribu makna. Lalu mulalah aku berteka teki. 
Aku ini pelajar jenis yang mana satu?




Berfikir..




Ya, apalah juga yang lebih terbaik melainkan dapat menyumbang untuk agama. Maka jawapanku, aku ingin jadi pelajar jenis yang kedua! ya, yang kedua!

Namun aku haru yakin akan janji ALLAH, pilihan ini bukan 1 pilihan yang mudah tetapi keyakinanku mengatakan, ALLAH pasti bersama disetiap gerak langkahku. Ini ikrarku! 

Perjalananku separuh masa yang pertama telah ku tempuhi, dan kata-kata ALLAH benar-benar terbukti. Segalanya perlu kepada penyusunan yang baik, jika tidak mungkin aku bakal dilayangkan kad kuning. Mesyuarat, usrah, kelas tambahan, program, akademik, semuanya nampak padat. Masa rehat dikurangkan! ya, harus!
Tiadalah yang aku harapkan melainkan rakan-rakan ku mengamalkan islam dalam segenap segi kehidupan mereka. 

Ayuh bangkit sahabat! 
Kami tidak mampu melakukannya tanpa bantuan dari seorang sahabat! Tenaga mudaku kami perlukan.
Ayuh bangkit anak muda, kita kerah segenap kemampuan yang ada. Hidupmu dan hidupku tidak lama, lalu apa jawapan kita tatkala ALLAH menanyakan karja yang kita telah laksanakan. 

Ayuh kita lakukan yang terbaik dalam separuh masa yang kedua ini!




So,
which type of students are you?
we are running out of time, are you going to run with us?

Tepuk dada tanya iman..

Thursday, December 23, 2010

Bekalanku..

Dengan lafaz kalimah ALLAH, kini aku bangkit semula..

Sekian lama meninggalkan bidang penulisan, tetapi kini aku kembali. Dek tersentak dengan kehilangan sahabat blogger yang cukup aku kagumi. Penulisannya membuat aku jadi minat. Keinginan yang lama ku kubur kini ku korek kembali. Harapanku hanya satu, moga hasil tulisanku ini mampu menghidupkan setiap hati yang membaca, memberi sedikit cas-cas kekuatan pada segenap badan dan yang aku impikan, moga redha ALLAH bersama penulisanku ini.

Bukti kasih sayang ALLAH, bilamana Dia mencaturkan aku supaya membaca komen-komen dan hasil tulisannya yang tercoret pada blog insan yang ku kagumi ini Allahyarham Dr Mas Afzal Masrudin. Sungguh, menitis butir-butir mutiara dari pelupuk mataku tatkala membaca hasil nukilannya. Subhanallah, kelebihan yang ALLAH pinjamkan kepadanya sungguh mengagumkan sehingga dapat mengetuk ketulan hatiku yang kian mengeras. Jutaan syukur aku panjatkan kepada ALLAH, atas peringatan yang Engkau berikan. kerana pada setiap bait tulisannya membuatkan hatiku tersentak. Lantas aku berfikir semula akan masaku yang telah lalu. Dimana, ke mana dan bagaimana telah aku habiskan, Aku mohon ampunanMU ya ALLAH..



Hasil tulisannya membuatkan akal pendekku berfikir, apa agaknya bekalan yang akan aku tinggalkan kepada orang-orang di sekelilingku tatkala aku pergi menghadap PenciptaKU. Lalu berkat kekuatan yang ALLAH pinjamkan aku mula menulis. Walaupun, aku sering tertanya-tanya, apa agaknya yang hendak aku nukilkan.

Buat pembaca sekalian, blog ini aku dedikasikan sebagai hartaku bilamana aku pergi menghadapNYA. Khususnya, blog ini aku dedikasikan buat ahli keluarga yang sentiasaku doakan, sahabat-sahabat yang kucintai segenap hati, rakan-rakan, saudara seaqidah dan sesiapa jua yang sudi untuk membacanya.

Aku yang kerdil ini mengharapkan doa kalian moda sentiasa istiqamah dalam bidang penulisan, dan yang paling penting, hati-hati kita ALLAH sentiasa pilih untuk terus berada dalam perjuangan agamaNYA. InsyaALLAH.